Thursday, November 11, 2010

47) TERIMA KASIH DAUN KELADI 3

KAMI PIHAK JPTRI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT SERTA KERJASAMA YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PIHAK;

1) Jabatan Pengairan dan Saliran
Daerah Kulim/Bandar Baharu

2) Jabatan Alam Sekitar
  Cawangan Kulim/Bandar Baharu
  
3) SPRM 
Cawangan Sungai Petani


Friday, November 5, 2010

45) APA YANG ADA DI BANDAR BAHARU ???





44) MISTERI KEHEBATAN JARI TELUNJUK


BAGAIMANA TUU...???

1) PBT di negeri pembangkang jangan tunding jari kepada Kerajaan Pusat: Chor 

43) Sektor awam perlu bertindak dengan lebih kreatif, pantas, responsif dan berinovasi dalam menangani masalah rakyat


Sesungguhnya bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Era globalisasi, pembangunan ICT yang pesat dan pembaharuan dalam teknologi memungkinkan ekspektasi rakyat terhadap sistem perkhidmatan awam kini telah berubah. Kematangan rakyat pada masa kini dalam menyuarakan pandangan dan cadangan merupakan satu titik tolak perubahan dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang sedia ada. Sekali gus senario ini mewujudkan satu cabaran terhadap Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan yang efektif, dan berkualiti dapat diberikan. Oleh yang demikian, penjawat awam tidak seharusnya menganggap aduan pelanggan sebagai satu bebanan sebaliknya menjadikan ianya sebagai satu peluang dan cabaran untuk menambahbaik dan memperbaiki perkhidmatan yang diberikan.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2009 yang telah dikeluarkan pada 24 Februari 2009 mendefinisikan pengaduan awam ialah pengaduan-pengaduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam (public utilities) yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku, penyelewangan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Apa yang rakyat boleh boleh adukan berhubung dengan system penyampaian kerajaan telah dikategorikan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) sebanyak 10 kategori sepertimana berikut :-

i) Kekurangan kemudahan awam
ii) Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan
iii) Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang
iv) Tindakan tidak adil
v) Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan termasuk kaunter dan telefon
vi) Salahgunaka kuasa/penyelewangan
vii) Salahlaku anggota awam
viii) Kegagalan penguatkuasaan
ix) Pelbagai aduan
x) Kelewatan atau tiada tindakan

Oleh itu sistem penyampaian perkhidmatan yang sebelum ini menitikberatkan produktiviti perlu diubah kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi. Perkembangan teknologi dari semasa ke semasa telah memberikan ruang kemudahan kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan, cadangan dan pandangan secara terbuka. Kesediaan orang awam dalam berkomunikasi secara terus dengan Kerajaan hendaklah dianggap sebagai satu bonus yang boleh menambahbaik penyampaian perkhidmatan sedia ada.

Sekiranya, maklum balas atau aduan tidak diberi perhatian yang serius, perkhidmatan awam akan terjejas dan ini akan mencalarkan imej Kerajaan. Situasi ini memerlukan sektor awam untuk bertindak dengan lebih kreatif, pantas, responsif dan berinovasi dalam menangani masalah aduan kelewatan atau tiada tindakan yang diambil. Isu dan skop aduan perlu dianalis secara mendalam, telus dan adil tanpa membelakangi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar untuk memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai pelbagai ekspektasi, persepsi, cita rasa dan kerenah yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengalah dan sekaligus tidak bermakna bahawa sektor awam gagal dalam melaksanakan dasar dan undang-undang yang telah ditetapkan. Usaha-usaha penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perlu dilakukan secara berterusan dengan bersungguh-sungguh.





42) Apakah benar wujudnya budaya "ketakutan" dalam perkhidmatan awam hari ini ?


Apakah benar terdapatnya budaya ketakutan dalam perkhidmatan awam hari ini. Itu yang dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini (23/12/2009). .

Wujudnya Perkhidmatan awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.. Relevan atau tdak sesebuah agensi kerajaan itu bergantung kepada penerimaan pelanggan. .

Perkhidmatan awam juga bertanggungjawab kepada stakeholder ia itu ketua-ketua kerajaan, pembuat-pembuat dasar, lembaga-lembaga pengarah, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat. .

Ruang untuk membuat aduan atau cadangan terbuka luas melalui sms, surat khabar ,radio, blog-blog dan website menjadikan perkhidmatan awam terpaksa mengubah sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan tepat. .

Oleh itu sistem penyampaian yang dapat memenuhi kehendak dan mengembirakan pelanggan akan menjadi matlamat utama perkhidmatan awam. Ini adalah untuk mempastikan supaya perbelanjaan kerajaan tidak sia-sia dan member faedah yang tinggi kepada pelanggan dan stakeholder. Perkhidmatan awam hari ini telah berubah atau mempunyai kebolehan untuk berubah (adopt and adapt) kepada keperluan semasa dan masa akan datang. .

Perkhidmatan awam hari telah berubah cara berfikir, cara bekerja dan bertindak bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Ini terbukti apabila berlaku perubahan dalam pemerintahan kerajaan, kakitangan dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan-pendekatan baru yang dibuat oleh pentadbiran semasa. .

Kerajaan pula sentiasa menyokong dan memberi peluang kepada perkhidmatan awam untuk berubah dan mencapai kecemerlangan. Kelemahan-kelemahan yang berlaku pada masa ini lebih merupakan kekurangan dari sudut ilmu dan kemahiran serta beberapa sikap dan mindset yang negetif yang bersifat individu. .

. Faktor-faktor ini boleh diatasi bukan sahaja dengan bantuan organisasi tetapi juga dengan keinginan kakitangan berkaitan. Kita dapat melihat bahawa hampir 90% kakitangan awam memberi perkhidmatan mereka sehingga tempoh pencen. Ini bermakna mereka 'loyal' kepada perkhidmatan awam dan sanggup menghabiskan separuh hayat mereka untuk berkhidmat kepada orang ramai.

http://caknasayang.blogspot.com/2009/12/apakah-benar-wujudnya-budaya-ketakutan.html

Thursday, November 4, 2010

41) KAMI MASIH TAK FAHAM ???

Kenapa tidak balas surat aduan kami ???








MISI DAN VISI


Misi

Menjadikan daerah bandar baharu sebagai sebuah daerah yang membangun, maju, selamat dan selesa
dengan memberi tumpuan kepada pembangunan manusia selaras dengan wawasan negara.

Visi

Menggalak, memaju dan memandu pembangunan fizikal  kawasan majlis disamping meningkatkan taraf
sosio-ekonomi penduduk dengan mengekalkan kualiti alam sekitar.


OBJEKTIF 

•   Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap, berkesan serta mesra kepada semua pelanggan Majlis.

•   Meningkatkan tahap kawalan serta pemeliharaan kesihatan, keselamatan, keindahan alam sekitar 

demi memenuhi kehendak masyarakat setempat

•   Menyediakan pembangunan yang berkualiti, kemudahan awam yang sempurna dan kawasan rekreasi yang menarik.

•   Berusaha mendapatkan hasil serta pulangan balik yang maksima dari perkhidmatan yang diberikan berdasarkan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sedia ada.

FUNGSI 

  1. Merancang, mengawal dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara.
  2. Menyedia dan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang moden dan bermutu untuk faedah dan kesejahteraan masyarakat tempatan yang ditadbir.
  3. Melaksanakan projek-projek prasarana, perniagaan dan separuh perniagaan dan menentukan aktiviti-aktiviti pembangunan dijalankan mengikut kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru.
  4. Sebagai Unit Pentadbiran Kerajaan yang berkesan dari segi mendapatkan penyertaan serta penglibatan rakyat dalam hal ehwal tempatan.
  5. Menjalankan tugas yang sempurna di peringkat tempatan melalui perancangan yang baik dan sistematik bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar melalui kaedah yang ditetapkan.


PIAGAM PELANGGAN

Perancangan Bangunan

Menyediakan Pelan Perancangan Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Untuk Pembangunan Dan Kenikmatan Sosio-Ekonomi Pelanggan.

Pembinaan Bangunan

Meluluskan Permohonan Pembinaan Rumah Persendirian Atau Sebarang Bangunan Dalam Tempoh Satu Bulan Dengan Syarat Ianya Disertakan Dengan Dokumen-Dokuman Yang Lengkap.

Lesen-Lesen Perniagaan

Meluluskan Lesen-Lesen Perniagaan Dengan Syarat Memenuhi Kehendak Undang-UndangYang Berkaitan Dengan Jenis Perniagaan.

Kewangan

Penilaian Dan Teksiran Hasil Pintu Setiap Pegangan Dikuatkuasakan Notis Taksiran Hasil Pintu Dikeluarkan Pada Setiap Bulan Januari, Julai Untuk Penjelasan Pelanggan.

Bersih Dan Indah

Menyediakan perkhidmatan punguntan sampah sarap Mengindahkan dan memelihara kebersihan alam sekitar.


Pengaduan

Sebarang pengaduan mengenai perkhidmatan majlis akan dilayani dan sedia membantu menyelesaikan.





Wednesday, November 3, 2010

40) TERIMA KASIH DAUN KELADI 1




39) MENANGANI BENCANA ALAM ANGKARA MANUSIA


SEJAK beberapa bulan terakhir ini, Malaysia kelihatan seperti sebuah negara yang berada dalam zon bencana alam serius. Apa tidaknya, bermula dengan beberapa tragedi tanah runtuh di Selangor, termasuk Bukit Antarabangsa, batuan runtuh di Ipoh, tanah runtuh di Miri, dan banjir besar di beberapa daerah, termasuk di Sabah dan Sarawak. Walhal, Malaysia sebetulnya boleh dikategorikan sebagai negara yang 'hampir bebas' daripada bencana alam.

Malaysia pada umumnya bukan sebuah negara yang bergunung-ganang, dengan ramai penduduk tiada pilihan, melainkan terpaksa tinggal di kawasan pergunungan yang berisiko tanah runtuh. Sungai kita tidak terlalu panjang dan berdataran banjir yang luas sehingga penempatan yang sesuai untuk membina kawasan perumahan amat terhad.

Negara kita juga jauh daripada 'jalur lingkaran api', di mana bencana gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi – berada pada tahap risiko yang sangat rendah. Begitupun, negara kita begitu prihatin dengan rakyatnya yang ditimpa bencana alam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa tanah runtuh dan banjir di Miri baru-baru ini, antara lain menyatakan negara kita terkehadapan dan sering diteladani dalam konteks respon kepada mangsa bencana. Kerajaan menyediakan peruntukan lebih RM200 juta setahun untuk membantu rakyat ditimpa bencana, dan beberapa tahun terakhir ini, negara sudah membelanjakan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk membantu dan membaikpulih infrastruktur akibat bencana banjir dan tanah runtuh.

Bencana alam adalah isu yang sangat kompleks dan bersifat rentas sektor. Sangat sukar meramalkan bila, di mana, dan magnitud sesuatu kejadian bencana. Banyak kejadian bencana, hanya jelas dapat dilihat impaknya selepas berlaku, selepas mengorbankan nyawa dan harta benda. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan negara membangun lebih banyak memberikan tumpuan dan membuat persediaan untuk respon apabila bencana menimpa rakyatnya.

Walaupun, respon sangat perlu – menyelamatkan nyawa, mengawal kerosakan yang lebih besar dan mententeramkan keresahan masyarakat awam, pada hakikatnya respon hanya satu usaha terakhir yang mesti dilakukan untuk menangani bencana. Mengurus bencana secara lebih efektif ialah dengan menyediakan rancangan jangka panjang berstrategi bagi mengurangkan risiko bencana.

Proses pengurangan risiko bencana yang paling asas ialah penyelidikan dan pengumpulan maklumat mengenai bencana secara berterusan. Apabila kita mempunyai maklumat mengenai cirian curahan hujan untuk 500 tahun terakhir, kita akan dapat meramal dengan kepercayaan yang tinggi mengenai corak curahan hujan untuk 500 tahun akan datang.

Apabila kita peta dengan terperinci kawasan di landa banjir, kedalaman air banjir, kelakuan curahan hujan, jenis pembangunan ketika itu dan impaknya, sebetulnya kita sudah mempunyai maklumat penting untuk berdepan risiko bencana banjir pada masa akan datang.

Begitu juga dengan kejadian tanah runtuh, sama ada ia mengorbankan nyawa atau tidak, pengetahuan mengenai kedudukan, saiz, mekanisme kegagalan, faktor penyebab dan pencetus, dan impaknya adalah maklumat paling penting untuk membolehkan kita meramal potensi dan risiko kejadian tanah runtuh akan datang.

Lebih banyak dan tepat maklumat terkumpul, lebih mudah dan jelas bagi kita meramalkan dan merancang tindakan yang boleh diambil untuk meminimumkan impaknya kepada masyarakat dan harta benda. Pendekatan pengurangan risiko bencana yang paling efektif ialah dengan mewujudkan dasar dan perancangan pengurusan bencana secara bersepadu dan jangka panjang. Ada tiga situasi kawasan berisiko bencana ditangani dalam konteks perancangan.

Pertama, kawasan yang sudah dibangun berada pada zon berisiko bencana. Kawasan seperti ini memerlukan perhatian serius dan tindakan pengurangan risiko bencana secara berterusan. Penilaian dan pemantauan terperinci mengenai risiko bencana diperlukan, dan keputusan perlu dicapai sama ada kerja membaikpulih atau pengukuhan boleh dilakukan bagi mengelak kejadian bencana, atau tindakan drastik mesti diambil untuk memindahkan komuniti yang terperangkap dengan risiko bencana yang tinggi ke kawasan lebih selamat.

Ada kalanya proses pemindahan boleh dilakukan menerusi proses perancangan secara beransur-ansur melalui konsep 'pembaharuan bandar', dan secara jangka panjang sesuatu kawasan berisiko bencana dijadikan zon guna tanah baru yang tidak menimbulkan risiko bencana kepada masyarakat.

Kedua ialah kawasan yang sudah ditetapkan sebagai zon pembangunan tetapi berdepan risiko bencana yang tinggi. Sebahagian daripada tapak sudah diperuntukkan untuk pembangunan tertentu dan sebahagian lagi masih dalam proses perancangan. Dalam situasi begini, Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mempunyai 'kekuatan politik' untuk membuat keputusan baru bagi mengelak kawasan berkenaan terus dibangunkan lantas berhadapan risiko bencana. Proses pendidikan awam, perbincangan sehingga membuat keputusan menang-menang, dan tindakan tegas perlu diambil untuk keselamatan awam.

Ketiga, kawasan milik kerajaan atau awam yang sememangnya sudah diisytiharkan sebagai hutan simpan atau kawasan pertanian, dan berada dalam zon berisiko bencana tinggi. Kawasan begini seharusnya dikekalkan dalam zon guna tanah sedia ada dan diisytiharkan juga sebagai kawasan berisiko bencana alam yang tidak harus dibenarkan untuk di ubah-guna menjadi kawasan pembangunan atau penempatan yang boleh menimbulkan masalah keselamatan awam pada masa akan datang.

Pendekatan paling berkesan untuk mengurangkan risiko bencana ialah pendidikan awam atau komuniti. Apabila masyarakat memahami dan menghayati konsep risiko bencana di sekitarnya, mereka boleh membuat keputusan sama ada untuk terus berdepan dengan risiko bencana atau bertindak dengan lebih bijak untuk memilih tinggal di tempat lebih selamat.

Pendidikan awam perlu dilakukan secara berterusan, pengetahuan mengenai bencana perlu diterapkan dalam sistem pendidikan formal di sekolah dan universiti, dan pendidikan tidak formal melalui pelbagai cara, terutama bagi kawasan yang dikenal pasti berisiko bencana. Salah satu cara paling berkesan ialah menyediakan pusat maklumat, galeri atau muzium khas di kawasan yang pernah mengalami bencana besar, dan ini akan terus mengingatkan komuniti serta pengunjung di kawasan terbabit bahawa bencana pernah berlaku, dan boleh berlaku lagi pada masa depan.

Kesedaran dan penghayatan komuniti mengenai risiko bencana penting sebagai 'ejen perubahan'. Apabila wujud desakan masyarakat, akan wujud pula dasar dan keprihatinan kerajaan untuk memberikan perhatian serius mengenai risiko bencana. Akhirnya, pihak pemaju atau swasta terpaksa akur dengan kehendak masyarakat umum.

Malaysia bukanlah negara yang berdepan bencana serius dan sukar dibendung. Kejadian bencana alam paling meluas ialah banjir sungai – komuniti yang terbabit sudah mampu menyesuaikan diri dengan bencana. Bagaimanapun, usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko bencana dan pada masa sama, memastikan lebih ramai komuniti dibebaskan daripada terus berdepan risiko bencana banjir ini.

Banjir kilat di kawasan perbandaran seperti Kuala Lumpur adalah banjir angkara manusia. Negara perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menangani kesilapan yang kita lakukan pada masa lalu. Bencana tanah runtuh pula mula menjadi semakin serius di kawasan perumahan dan perbandaran disebabkan kerakusan pemaju yang ingin mengaut keuntungan tanpa memberi perhatian serius mengenai keselamatan awam.

Langkah jangka panjang yang paling efektif ialah usaha menghindar dan mengurangkan risiko bencana, bukannya tertumpu kepada aktiviti respon saja apabila berlaku bencana.


Sumber maklumat: Berita Harian 23 Feb 2009

38) TANAH RUNTUH

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.

Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
  • di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun
  • di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :
  • di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
  • di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :
  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
  • Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air
  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
  • Pemendapan ketara permukaan jalan

37) APABILA BUKIT BUKAU DITARAH


Gambar atas: Sistem akar tunjang yang sempurna membantu tanah menyerap jumlah air yang banyak pada hujan lebat.

Gambar bawah: Sebaliknya, tanah bukit yang gondol tanpa sistem akar tidak mampu menahan muatan air berlebihan dan limpahan luar biasa larian air sehingga memungkinkannya terlonggar. 


APABILA BUKIT BUKAU DITARAH

Cuba anda memandu dan perhatikan dari Hulu Selangor, Gombak dan Selayang, Cyberjaya hingga ke Sepang dan bandingkan pemandangannya dengan keadaan kira-kira 15 tahun lalu.

Jika anda perasan, sepanjang laluan lebuh dan jalan raya utama di negeri Selangor, jelas kelihatan tiada lagi pohon-pohon hijau di sekelilingnya tetapi digantikan dengan ‘hutan-hutan batu’ atas nama pembangunan.

Maka tiada lagi, bukit bukau dan hutan menghijau yang mampu memberikan ketenangan kepada pemandu dan juga melindungi bumi daripada dilanda bencana seperti tanah runtuh.

Tanah runtuh berlaku akibat pembangunan tanpa mengambil kira atau memahami peranan hutan dan bukit bukau sebagai kawasan tadahan hujan yang penting.

Secara ringkas, kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa dua minggu lepas berlaku kerana kejadian gelongsoran tanah apabila kawasan berkaitan yang telah sedia longgar tidak dapat menampung penambahan berat akibat tepu dengan air hujan.

Sokongan Sistem Akar
Faktor penyebab bencana itu ialah lapisan tanah yang longgar dan ketiadaan sistem akar bagi memegang partikel tanah. Ketua Bahagian Ekologi dan Akuatik, Pusat Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Mohd. Hifni Mohd. Baharuddin, membantu wartawan Mega mempermudahkan konsep ini.

Katanya, hutan di kawasan bukit secara semula jadi mempunyai peranan penting sebagai kawasan tadahan hujan, manakala sistem akar tunjang yang terdapat di dalam ekosistem hutan yang sihat berfungsi memegang dan menetapkan partikel tanah untuk kukuh di tempatnya.

Dalam keadaan semula jadi, limpahan air hujan akan jatuh pada kanopi pokok terlebih dahulu, sebelum tiba dan diserap ke dalam tanah dan seterusnya mengalir melalui kitaran hidrologi yang normal.

Jelas Mohd. Hifni, tanah berperanan bak ‘span’ yang menyerap lebihan air hujan. Sistem akar tunjang dari pokok-pokok besar yang berada jauh ke lapisan tanah yang lebih dalam akan memegang ‘span’ tanah ini bagi membolehkannya menyimpan serta melepaskan lebihan air sedikit demi sedikit.

“Oleh itu, kita dapat lihat banyak larian air yang kecil seolah-olah keluar dari mata air di kawasan bukit-bukit berhutan,” terang pakar ekologi itu.

Sebaliknya, tanpa hutan, kawasan tanah tinggi yang mana tanahnya terdedah tanpa akar-akar tunjang dari pokok-pokok besar, limpahan hujan lebat akan terus jatuh dalam jumlah yang besar ke atas tanah.Justeru, tanah terpaksa menyerap jumlah air yang banyak dengan segera.

‘Span’ Tanah
“Masalahnya, partikel tanah ini telah longgar berbanding tanah yang kaya dengan sistem akar semula jadi, mengakibatkan ‘span’ tanah cepat menjadi tepu,” tegas beliau.

Tanpa sokongan daripada sistem akar, ‘span’ yang telah tepu itu tidak mampu menampung berat air berlebihan, lalu tergelongsor sebagai tanah runtuh.

Contoh yang dipermudahkan, pertimbangkan satu keluasan dan kedalaman tertentu tanah kawasan berbukit. Selepas hujan lebat beberapa hari, tanah itu mungkin hanya mampu menampung berat partikel tanah bercampur air seberat 10 tan sahaja dan mula menggelongsor menjadi tanah runtuh.

Sebaliknya, tanah dengan keluasan dan kedalaman sama yang disokong dengan kehadiran sistem akar tunjang daripada beberapa pokok besar, mampu menyerap malahan menampung dua atau tiga kali ganda daripada berat tersebut.

Inilah sebabnya bukit yang ditarah mempunyai risiko tanah runtuh yang sangat tinggi akibat lapisan tanahnya yang lebih terdedah.

Selain mengawal tanah runtuh, konsep ‘span’ tanah dan sokongan daripada sistem akar tunjang turut berperanan mengawal limpahan air yang boleh menyebabkan banjir kilat.

“Inilah sebabnya kawasan tadahan hujan amat perlu dipulihara dan dikekalkan sebagai satu entiti besar semula jadi tanpa gangguan pembangunan,” jelasnya lagi.

Meliputi tanah tinggi yang ditarah dengan rumput atau tumbuhan renek (misalnya, tanaman sayur) juga tidak membantu span tanah. Ini kerana sistem akar tumbuhan sebegini hanyalah akar rerambut yang dangkal dan tidak mampu memegang lapisan tanah yang lebih dalam.

Di Tanah Tinggi Cameron Highlands misalnya, hutan semula jadi boleh dikatakan hampir tidak lagi wujud ekoran terlalu banyak tarahan bukit menjadi ladang-ladang sayur.

Liputan sebegitu hanya melindungi bukit daripada hakisan akibat hujan ringan tetapi risiko tanah runtuh tetap tinggi semasa hujan lebat.

Selain itu, membajak tanah untuk pertanian juga melonggarkan tanah.

Justeru, Mohd. Hifni berharap supaya kawasan tanah tinggi dipulihara dan dilindungi sepenuhnya.

“Lagipun, membangunkan kawasan tadahan hujan sudah tentulah berbahaya dan berisiko tinggi, jadi untuk apa membahayakan rakyat dengan mengganggu kawasan sebegini?” soal beliau.

Pendek kata, jadikanlah kejadian Bukit Antarabangsa sebagai satu pengajaran untuk kita khususnya kepada pihak-pihak yang melobi, memaju dan meluluskan projek pembangunan kawasan bukit.


Sumber Maklumat: Utusan Malaysia, 15 December 2008

36) FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

 Keadaan Banjir di Johor Bahru   (Sumber : Wikipedia)

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:
-
  1. Hujan yang berterusan.
    Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
  2. Proses pembandaran.
    Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
  3. Hakisan sungai.
    Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
  4. Hutan tadahan.
    Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
  5. Pemusnahan hutan 
    menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
  6. Sistem perparitan tidak terancang.
    Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

    http://pmr.penerangan.gov.my