Saturday, December 11, 2010

Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) TRI


JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN RELAU INDAH,
TAMAN RELAU INDAH,
34950 RELAU, KEDAH DARUL AMAN.


Kepada,
Semua Penduduk Taman Relau Indah                                                      

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan-tuan,

Cadangan Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) TRI

Dengan segala hormatnya dan sukacitanya, perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa satu sesi taklimat khas oleh pegawai dari Pejabat Perpaduan Daerah Kulim/Bandar Baharu akan diadakan pada :

Tarikh : 23/12/2009
Hari : Khamis
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Taman Relau Indah

2.      Sesi taklimat khas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan supaya proses penubuhan Skim Rondaan Sukarela TRI ini dapat berjalan dengan lancar serta mendapat sokongan padu dari setiap penduduk TRI yang layak menyertainya.

3.      Skim Rondaan Sukarela TRI ini perlu ditubuhkan seberapa segera yang mungkin, memandangkan telah berlaku peningkatan masalah jenayah serta gejala sosial yang amat membimbangkan di sekitar serta di kawasan Taman Relau Indah.

Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
·         Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
·         Membantu menguatkuasakan undang-undang;
·         Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
·         Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
·         Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

 
Kehadiran dan kerjasama pihak tuan-tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


No comments:

Post a Comment